PROFIL
Mega Impian Resources Sdn.Bhd (1178069-K) merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang telah diperbadankan dibawah akta syarikat 1965 pada 03 mac 2016. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang bergiat aktif di dalam bidang hartanah, perumahan dan pembekalan barang-barang hardware. Pengurusan syarikat Mega Impian Resources Sdn Bhd terbahagi kepada dua iaitu Mega Impian Hardware dan Mega Impian Development. Mega Impian Hardware lebih memfokuskan kepada penjualan dan pembekalan barang-barang hardware kepada pelanggan atau pembeli. Manakala Mega Impian Development pula lebih kepada hartanah dan perumahan. Mega Impian Resources Sdn Bhd terus berani mengorak langkah dengan menyertai tender-tender dan sebutharga yang berkaitan dengan pembekalan barang-barang pembinaan untuk sektor kerajaan. Selain itu juga, bidang hartanah dan perumahan semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, syarikat kami menyediakan rumah yang berasaskan beberapa faktor seperti keselamatan, keselesaan, lokasi yang strategik dan penggunaan bahan-bahan binaan yang berkualiti tinggi.
​






